I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 17 Januari 2011

KEBAHAGIAN HIDUP

 
Garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis dan keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat.
Bermula dengan sejarah kisah penciptaan Adam dan Hawa, melalui sulbi merekalah keturunan manusia dilahirkan di dunia ini. Pelbagai bangsa, agama, keturunan, darjat, warna kulit dan sebagainya. Mereka ini diciptakan berpasangan-pasangan demi lengkap-melengkapi kehidupan antara satu sama lain, iaitu wanita memerlukan lelaki untuk melengkapi hidup mereka. Begitu juga lelaki. Adalah haram bagi lelaki dan wanita yang bukan muhrim berdua-duaan kerana ia boleh mendatangkan dosa dan fitnah.
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW dan baginda sendiri menyukai umatnya yang mendirikan rumah tangga, ini ditegaskan dalam sabdanya yang bermaksdud, "Berkahwin adalah sunnahku dan sesiapa yang benci dengan sunnahku maka dia bukan dari umatku." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la)
Melalui ikatan perkahwinan, membolehkan lelaki dan wanita itu bermesra-mesraan. Begitulah berkatnya mereka yang berkahwin. Namun, bagi yang tidak berkemampuan Rasululullah SAW dalam suatu riwayatnya telah bersabda yang bermaksud,
"Maka Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, 'sesiapa antara kamu berkemampuan untuk berkahwin, maka kahwinlah, sebab berkahwin itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak berkuasa maka hendaklah dia berpuasa, sebab puasa itu melemahkan keinginan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitulah mulianya perkahwinan yang mengikut syariat di sisi agama.
Mencari Sekufu Itu Penting?
Dalam melewati alam perkahwinan, isu sekufu antara menjadi topik perbualan dan kadang kala boleh menjadi batu penghalang kepada kelangsungan sebuah kebahagiaan yang diidamkan.
Apabila perkara ini diperbesar-besarkan ia menjadi batu penghalang kepada sesuatu pasangan. Apakah wajar sebuah nikmat bahagia melalui dunia perkahwinan dibatalkan hanya semata-mata tidak sekufu. Apakah mereka yang membicarakan isu sekufu itu, tahu apa pengertian sekufu yang sebenar dan dari sudut mana sekufu itu dinilai. Ada yang hanya mengambil kira sekufu dari sudut kedudukan, rupa paras, kekayaan, dan juga keturunan.
Justeru, sebelum pergi lebih jauh kita harus faham apa itu sekufu. Kufu adalah bahasa Arab, ertinya setaraf. Memang benar dalam perkahwinan ada menitikberatkan mengenai sekufu, seandainya tidak sekufu si anak boleh membantah akan perkahwinan yang cuba dilangsungkan itu. Disebabkan itulah Islam tidak menggalakkan perkahwinan yang tidak sekufu.
Namun begitu, pengertian dan maksud sekufu ini sangat luas dan ia tidak hanya tertumpu pada keturunan sahaja. Disebabkan salah tafsiran itu mereka yang mempunyai kedudukan menolak sesebuah perkahwinan itu hanya kerana tidak sekufu dari segi darjat dan keturunan.
Harus diingat sekufu ataupun kufu yang dititikberatkan dalam Islam ialah kufu dari sudut agama. Seorang lelaki ataupun wanita yang kuat beragama eloklah mencari pasangan yang kuat agama juga.
Soal miskin ataupun kaya sudah menjadi isu yang kecil dan ia tidak patut dijadikan penghalang kepada perkahwinan kerana sebuah kebahagiaan perkahwinan itu, bukanlah terletak pada harta benda, tetapi keserasian dan tanggungjawab masing-masing. Dan tujuan sebenar kufu ini disyariatkan dalam perkahwinan adalah untuk menjamin terjalinnya hubungan suami isteri agar terus baik. Apabila tidak kufu, nanti akan timbul perkara yang tidak diingini akan bangkit pada kemudian hari.
Namun begitu harus diingat, kufu ini sesuai diamalkan jika jodoh itu dicari oleh ibu ayah ataupun orang sekeliling. Namun jika jodoh itu sudah suka sama suka, soal sekufu sudah tidak timbul lagi. Yang penting pasangan masing-masing sanggup menerima kelebihan dan kekurangan mereka.
Sesiapa juga yang mencari jodoh dan pasangan masing-masing perlu mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat. Andainya ini diamalkan, sebuah perkahwinan yang dibina itu akan menemui jalan bahagia walaupun pada dasarnya mereka tidak sekufu.
Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu.

Sabtu, 8 Januari 2011

"kecemerlangan imtihan,dewasa ummah"

salam kerinduan,da lame rasenye tgan nie x mggatal nak menulis blog..huhu,bukan pe,dlam musim nk exam nie byak sgat bnda yg memeningkan dengan bace kitab lagi,masalah dalaman lagi,anyway,sumenye bjalan lancar.untukpgetahua sume,aku akn exam fatrah 1,pada 10/1/2010..tarikh keramat itu pasti ditunngu2 khasnya bagi students syariah tahun 2 al azhar university.hrap2 peseduiaan rapi dapt n sudahpun dilakukn oleh sume,memndgkan bila2 mse je waktu itu akn sampai,ibarat seorang pelari yg menggu tembkn pistol dan terus menuju bersugguh2 ke arah garisan pnamat.gamaknya,pesediaan itu dah dilakukn.untuk sebelah akhwat batch aku,dowang akn exam hari ini,harap2 merekla sume dapt wat yg terbek dala mnjawab nanti..selaut doa memohon dan segunung pgharapn disandarkn pda mereka agar terus memacu kejaaan dengan melakukn yg terbek 1st paper nie.salam imtihan buat semua students al azhar university amnya dan khususnya buat anak2 selangor yg berada di bumi kinanah ini,doakn kejayaa kita bersama..moga kecemerlangan yg diimpikan,akan tercapai."kecemerlangan imtihan,dewasa ummah"