I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 17 Januari 2011

KEBAHAGIAN HIDUP

 
Garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis dan keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat.
Bermula dengan sejarah kisah penciptaan Adam dan Hawa, melalui sulbi merekalah keturunan manusia dilahirkan di dunia ini. Pelbagai bangsa, agama, keturunan, darjat, warna kulit dan sebagainya. Mereka ini diciptakan berpasangan-pasangan demi lengkap-melengkapi kehidupan antara satu sama lain, iaitu wanita memerlukan lelaki untuk melengkapi hidup mereka. Begitu juga lelaki. Adalah haram bagi lelaki dan wanita yang bukan muhrim berdua-duaan kerana ia boleh mendatangkan dosa dan fitnah.
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW dan baginda sendiri menyukai umatnya yang mendirikan rumah tangga, ini ditegaskan dalam sabdanya yang bermaksdud, "Berkahwin adalah sunnahku dan sesiapa yang benci dengan sunnahku maka dia bukan dari umatku." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la)
Melalui ikatan perkahwinan, membolehkan lelaki dan wanita itu bermesra-mesraan. Begitulah berkatnya mereka yang berkahwin. Namun, bagi yang tidak berkemampuan Rasululullah SAW dalam suatu riwayatnya telah bersabda yang bermaksud,
"Maka Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, 'sesiapa antara kamu berkemampuan untuk berkahwin, maka kahwinlah, sebab berkahwin itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak berkuasa maka hendaklah dia berpuasa, sebab puasa itu melemahkan keinginan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitulah mulianya perkahwinan yang mengikut syariat di sisi agama.
Mencari Sekufu Itu Penting?
Dalam melewati alam perkahwinan, isu sekufu antara menjadi topik perbualan dan kadang kala boleh menjadi batu penghalang kepada kelangsungan sebuah kebahagiaan yang diidamkan.
Apabila perkara ini diperbesar-besarkan ia menjadi batu penghalang kepada sesuatu pasangan. Apakah wajar sebuah nikmat bahagia melalui dunia perkahwinan dibatalkan hanya semata-mata tidak sekufu. Apakah mereka yang membicarakan isu sekufu itu, tahu apa pengertian sekufu yang sebenar dan dari sudut mana sekufu itu dinilai. Ada yang hanya mengambil kira sekufu dari sudut kedudukan, rupa paras, kekayaan, dan juga keturunan.
Justeru, sebelum pergi lebih jauh kita harus faham apa itu sekufu. Kufu adalah bahasa Arab, ertinya setaraf. Memang benar dalam perkahwinan ada menitikberatkan mengenai sekufu, seandainya tidak sekufu si anak boleh membantah akan perkahwinan yang cuba dilangsungkan itu. Disebabkan itulah Islam tidak menggalakkan perkahwinan yang tidak sekufu.
Namun begitu, pengertian dan maksud sekufu ini sangat luas dan ia tidak hanya tertumpu pada keturunan sahaja. Disebabkan salah tafsiran itu mereka yang mempunyai kedudukan menolak sesebuah perkahwinan itu hanya kerana tidak sekufu dari segi darjat dan keturunan.
Harus diingat sekufu ataupun kufu yang dititikberatkan dalam Islam ialah kufu dari sudut agama. Seorang lelaki ataupun wanita yang kuat beragama eloklah mencari pasangan yang kuat agama juga.
Soal miskin ataupun kaya sudah menjadi isu yang kecil dan ia tidak patut dijadikan penghalang kepada perkahwinan kerana sebuah kebahagiaan perkahwinan itu, bukanlah terletak pada harta benda, tetapi keserasian dan tanggungjawab masing-masing. Dan tujuan sebenar kufu ini disyariatkan dalam perkahwinan adalah untuk menjamin terjalinnya hubungan suami isteri agar terus baik. Apabila tidak kufu, nanti akan timbul perkara yang tidak diingini akan bangkit pada kemudian hari.
Namun begitu harus diingat, kufu ini sesuai diamalkan jika jodoh itu dicari oleh ibu ayah ataupun orang sekeliling. Namun jika jodoh itu sudah suka sama suka, soal sekufu sudah tidak timbul lagi. Yang penting pasangan masing-masing sanggup menerima kelebihan dan kekurangan mereka.
Sesiapa juga yang mencari jodoh dan pasangan masing-masing perlu mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat. Andainya ini diamalkan, sebuah perkahwinan yang dibina itu akan menemui jalan bahagia walaupun pada dasarnya mereka tidak sekufu.
Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu.

Sabtu, 8 Januari 2011

"kecemerlangan imtihan,dewasa ummah"

salam kerinduan,da lame rasenye tgan nie x mggatal nak menulis blog..huhu,bukan pe,dlam musim nk exam nie byak sgat bnda yg memeningkan dengan bace kitab lagi,masalah dalaman lagi,anyway,sumenye bjalan lancar.untukpgetahua sume,aku akn exam fatrah 1,pada 10/1/2010..tarikh keramat itu pasti ditunngu2 khasnya bagi students syariah tahun 2 al azhar university.hrap2 peseduiaan rapi dapt n sudahpun dilakukn oleh sume,memndgkan bila2 mse je waktu itu akn sampai,ibarat seorang pelari yg menggu tembkn pistol dan terus menuju bersugguh2 ke arah garisan pnamat.gamaknya,pesediaan itu dah dilakukn.untuk sebelah akhwat batch aku,dowang akn exam hari ini,harap2 merekla sume dapt wat yg terbek dala mnjawab nanti..selaut doa memohon dan segunung pgharapn disandarkn pda mereka agar terus memacu kejaaan dengan melakukn yg terbek 1st paper nie.salam imtihan buat semua students al azhar university amnya dan khususnya buat anak2 selangor yg berada di bumi kinanah ini,doakn kejayaa kita bersama..moga kecemerlangan yg diimpikan,akan tercapai."kecemerlangan imtihan,dewasa ummah"

Ahad, 19 Disember 2010

terima kasih buat teman(20 dis in my memories)

video

allah selamatkan kamu3x...alhamdulillah,hari ini usiaku menginjak ke angka 20..sedar xsedar dah da lame rupenye memionjam sisa kehidupan dari maha pencipta..rase terlalu hina dan awal untuk bertemu dengan pencipta,memandangkan usia semakin meningkat naik dan bila2 mase sahaja akn ditarik meghadap padanya,tepat pukul 12pagi 20.12.2010.ucapan datang bertalu2 dari sahabat handai dan insan yang mengenali diri ini..walaupun sambutan secara langsung xdilakukan,tetapi ucapan yang diberikan oleh rakan2 sgat aku hargai,terutamanya rakan serumah yang sudah lama kenal dari bagku sekolah menengah lagi hingga skang..dalam hati ini hanya allah sahja yg tau bagaiman perasaan suka dan bahagia yg telah diberikan oleh rakan2..buat ayah n ibu serta adik2 berada di malaysia n sahabat2 yang wish sepanjang hari ini.terima kasih yang xterhingga diucapakan pada korang sume,coz masih iongat pada diri yg hina ini...buat pengunjung blog ceritera kehidupan,saya hidangkan beberapa ucapan ulangtahun dari sahabat2 saya,mereka2 merupakan rakan dari bangku sekolah lagi dan merupakan rakan baik yang selalu bersama saat susah dan senang,harap 2 ukhuwah yang terbina terus berkekalan hingga ke akhirnya...dan sempena imtihan yuang bakal menjelang..salam imtihan dan moga maju jaya diucapkan pada yg berkenaan.,ma fwen,you all always in my memories..keep in touch.

Sabtu, 11 Disember 2010

biLa rinDu keMBali




sungguh...hati ini memang benar terlalu merindui family yang berada di malaysia,sudah sekian lama benar tidak pulang ke malaysia dan bertemu mereka.harap2 mereka sentiasa sihat hendaknya,dari saat aku terbang pada tanggal 2sep 2009(besday apik) hingga skang,memang menguji kerinduan dan kesabaran ku tatkala terpaksa berjauhan berkilometer jauhnya.tapi 2 sume adalah ujian yang perlu aku lalui coz memng niat aku dari awal lg untuk sambung belajar di al azhar.walaupun aku terpaksa menolak beberapa tawaran ipta tempatan,(UNISZA,UMP) namun aku gagahkan gak untuk capai cita2 aku jadi seorang pendidik.harap2 sumenya akan dipandng oleh allah.itu sume dulu,tapi skang aku dah punya sahabat yg ramai dan dengan satu tujuan datng ke sini untuk menuntut ilmu...huhu.aku harap dapat buat yang terbaik memndgkan tahun nie gak adik aku exam SPM.so,nak x nak aku dan family memng mengharap yang terbaik la dari die.setelah adik aku yg last peroleh result yg membanggakn dalam UPSR.hehe.papepun buat ayah n ibu serta sume adik2 n kawan2,doakn yang terbek wat amie.moga2 ada natijah yang baik akan diperolehi,untuk hilangkan kerinduan aku,aku tatapkan sekali last pic time rye ritu..huhu.insyallah tahun depan ada umur pnjang kita dapat raye sme2 lak.emm sebelum itu,ada ujian besar yg perlu aku lalui,hope sume ok..doakn sume ye...salam rindu dari bumi kinanah..khas untuk family n sahabat2 tercinta..

Khamis, 9 Disember 2010

misi imtihan!!!!


 misi imtihan...menjelang fatrah imtihan yang akan menjelma tidak lama lagi ini,sudah semestinya kita akan sibuk dan sering menghabiskan dengan membace kitab2 kuliah yang ada.imtihan atau exam ini diibaratkan sebagai medan peperangan bagi sesetengah pelajar.pada waktu ini jugalah kadang2 timbul bicara mengenai soal hati atau perasaan,dimana kadang2 ia menguji diri kita sendiri..perkataan"tension" sering kedengaran dibibir2  sesetengah pelajar.kita antaranya sebagai sahabat,apakah peranAN  dan tugas sebenar dalam menghadapi situasi ini,nasihat-menasihati,memeberi kata2 semangat,sudah semestinya kita berikan pada sahabat kita yang punyai masalah.seperti inilah nilai murni sebagai seorang sahabat yang perlu kita bajai dalam diri,bukan setakat kata2,hati dan perasaanya juga perlu kita jaga.kejayaan bersama yang datang cukup indah bila kita renungkan dan lebih indah jika kita dapat lakarkan bersama.moga2 sume cita dan harapan dapat kita panah bersama,memang cukup letih untuk berjaya,tapi kita renungkan kembali manisnya sebuah kejayaan,salam imtihan buat pelajar2 universiti al azhar,egypt.moga mumtaz mampu digapai.


Isnin, 6 Disember 2010

episod ceritera bermula

alhamdulillah masih diberi kesempurnaan dan kekuatan untuk terus meminjam sisa-sisa kehidupan yang masih berbaki dimana kita tidak akan ketahui bilakah ianya akan kita pulangkan pada yang maha pencipta.baru sebentar tadi melakukan liqo' rumah bersama ahli bait yang lain.berbagai masalah dan cerita dikongsi bersama.masing2 dgan realiti kehidupan selama ini,ada yan baik,ada yang buruk.masing2 mengambil cakna dan ihtimam dengan perbincangan yang memakan masa hampir 1 jam setengah.kesimpulan yang boleh dibuat,masing2 ada peranan masing,kesibukan yang ada bukan menjadi batu penghalang untuk terus menidakkan segala keharmonian.bukan kawan untuk dijadikan musuh dan bukan musuh untuk dibenci kerana kadang2 kita kena berterima kasih pda musuh kita.seperti kata imam mazhab kita,imam syafie "kadang2,aku lebih suka musuh ku dari kawanku kerana musuhku mampu menjadi guru yang hebat kepadaku disebabkan sering mencari kelemahanku dan aku boleh belajar dari kelemahan itu".moga2 imtihan yang bakal menjelang ini menjadi batu loncatan untuk terus mara kehadapan.akhir kalam salam imtihan buat sahabat2 seperjuangan di bumi kinanah ini.

pesanan ringkas.

"berpenat lelahlah,kerana kesenangan itu selepas kepayahan janganlah berdukacita jika hidup ini meletihkan kerana demikianlah hidup ini diciptakan"imam as-syafie.